Peringatan: Penulis menggunakan panggilan diri 'aku' sebab moodnya yang tengah swing-swing gitu.
Tengah-tengah malam aku terjaga dari tidur dan tergaru-garu leher aku dan kepala. Apa pasallah kepala aku sungguh gatal dan leher aku sungguh panas. Sampai terpaksa aku tanggalkan rantai leher yang telah menyusahkan proses garuan ku itu. Aku tak paham, kenapa kulit kepala aku tak rata? Apa yang berlaku? Ada lebam-lebam.
Selama satu jam aku tergaru-garu sambil berbaring atas katil, akhirnya, aku bangun gak. Actually, aku tak tahan nak pergi toilet tapi sebab aku cuak pagi-pagi buta nak gi toilet. Apa barang. Well. Aku sedikit penakut sebenarnya. Tapi dek kerana tak tahan sangat, aku terus bangun dan seterusnya melihat kesan kat leherku yang asyik buat aku tergaru-garu.
Oh man!!!!! Tanda-tanda yang kononnya allergik itu penuh di leherku. Malah keluasan untuk satu lebam sungguh besar. Tak tahan weyh. Mungkin di kepal aku juga sama. Aku lihat di belakangku, juga punya banyak spot-spot merah yang sungguh berpotensi untuk mengembangkan empayarnya jika jari-jemari aku singgah untuk melakukan proses garuan yang dahsyat. Aku mula cuak nak sentuh part kulit yang lain dengan jari aku. So, aku pun pergilah toilet dan menunaikan hajat yang tertunggak.
Demm... Mengapakah ini terjadi???
Tak mungkin aku allergik makanan. Semalam aku makan ayam dan daging sahaja. Kelmarin aku makan seafood sahaja tapi ada ayam gak. Ada oen time tu, aku tak makan ayam langsung. Tapi, for the whole day aku kena tanda-tanda begini aku ada makan nasi dan amik multivit and buffered vit C from Blackmores. Kira dah sebulan aku makan benda alah tu. Apakah ini semua????
Cannot go lah cenggini. They are so itchy!!!
Kang sok pagi, hilang. Macam mana nak tunjuk kat doktor. Kang, aku gebang itu ini, dia dengar-dengar pastu bagi ubat cenggitu je. Sungguh aku tidak mungkin boleh berpuas hati. Aku kena tahu apa yang telah terjadi kepada sistem badanku ini. Adakah kulit aku mula menunjukkan tanda-tanda mutasi kerana terlalu kerap terdedah dengan chemical-chemical yang agak berbahaya. Irritatates and flammables. Oh, hidup dalam bidang reserach ini memang benar-benar mendatangkan dugaan yang besar.
Last time, aku kena fungal infection. Sangat dahsyat kesan moody dan kegatalannya. Yang ni siap berdarah-darah lagi. Memang parah betul keadaan aku time tu. Sebulan aku tak masuk lab.
Tetiba, aku perasan ada nyamuk melintas di depan mata. Ek eh.. Ntah-ntah sebab nyamuk gigit. Tapi takkan sampai kat kulit kepala pun nak gigit. Series weyh tanda macam kena gigit semut atau nyamuk. Tapi, tand aitu boleh merebak dan meluaskan diri. Itu sahaja bezanya. Tahap kegatalannya sama. Tapi, kalau dah saiznya makin besar, tentulah tahap kegatalannya makin tinggi.
Mungkin memang kerana seafood. Biasanya, walaupun aku hanya makan ayam, tapi pasti aku makan pecel ayam yang ada sambal belacan. belacan kan diperbuat daripada seafood?
Okay. Aku memang kena aware dengan apa yang aku makan. Wajib sangat dah ni. Tak buat berdosa. Mana tidaknya, dah makin teruk je aku rasa badan aku ni. Kaya ilmu tak guna kalau badan tak sihat walafiat. Susah nak buat kerja apatah lagi nak perform ibadah dengan baik.
Apa yang bermain kat fikiran aku bukan sahaja tentang apa sebenarnya mutasi yang terjadi pada kulit badan aku. Tapi, aku rasa sebab aku banyak buat salah ni. Samai Tuhan balas cenggini. Salah pada kata-kata, salah pada lintasna hati, salah juga pada tindakan. Nak kata dosa, aku pun tak pasti sebab kadang-kadang ego pada diri akan sentiasa menjustifikasikan apa yang aku lakukan adalah benar. Tapi, bila hati tak tenang, konfem itu adalah dosa kan. Itulah dugaan manusia.
Well kena terima. Memang dah terbuat dosa. Kecil-kecil. Sikit-sikit. Lama-lama jadi banyak dan membukit.
Semalam, aku ada borak dengan Azhari. Aku nak sangat dia bimbing aku jadi Muslimah yang baik. Aku nak dia warning aku sellau kalau aku leka sangat berkata-kata tentang soal duniawi. Aku rasa, aku memang tak bolehlah kalau buat silap dna dosa. Konfem Allah balas on the spot. Sebab aku dulu-dulu suka berdoa supaya Allah tunjukkan pada aku kalau aku buat dosa dan balas aku kat dunia. Supaya aku sedar dan ada peluang untuk bertaubat. Tapi, itulah. Aku tahu Allah sayangkan aku. Selalu snagat aku disedarkan. Tapi, aku ni susah betul nak konsisten. Sekejap tu aku bertaubat. Seminggu dua, sungguh baik. Hati tenang tenteram. Pastu akan ada turning point, prestasi aku mula merosot sikit-sikit. Pastu akan ada turning point, aku mula insaf. Turning point untuk insaf tu biasanya sakit. Tak pun banyak sangat masalah. Tak pun, sering gagal untuk dapat sesuatu yang baik.
Ya Allah, aku bersalah ker kat family aku? Salah ker segala apa yang aku katakan. Hurmmm...... Niat tak menghalalkan cara. Diam adalah lebih baik. Lepas ni, aku tak mahu argue lagilah dengan mereka. Kalau nak buat ikut kepla sendiri, buat je, tak payah nak buat announcement segala. Kang, dorang bengang, dorang diam lah. Yang penting, aku tak perlu kata apa-apa. Diam-diam sudah...
0 comments:
Post a Comment