Okaylah, saya dah memang bengang sangat ni. Tiap lepas makan malam, tak kiralah makan apa pun, seafood ker, ayam ker ketika fasa besrsih atau tidak, pasti sahaja akan timbul tanda-tanda seperti digigit semut ataupun nyamuk. Tanda itu sungguh gatal. Dan apabila digaru pasti lebamnya akan membesar dan merebak. Kadang kala menjadi tanda yang amat menggerunkan. Macam telah termakan racun ataupun chemical sehingga kulit harus bermutasi sebegitu rupa.
Mula-mula ingatkan hanya Seafood sahaja yang memberikan kesan sedemikian. Tetapi tidak. Rupanya, makan ayam sahaja pun masih memberikan kesan yang sama. Apa sudah jadi pada sistem badan saya ni. Menurut kata seorang sahabat, badan saya ada banyak toksik. Oleh sebab itu ia sangat sensitif apabila bertambah lagi toksik dalam badan. Aiyooo... Dan sekiranyalah seafood dan ayam akan menambahkan toksik dalam badan saya dan menyebabkan kulit menjadi sensitif, apa lagi yang boleh saya makan? Huhuhu.. Is it a reminder that forcing me to reduce my weight and stop eating too much. This is not stopping eating too much but stop eating at all!!!! Waaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Rasanya, perlu juag berjumpa doktor sebenar yang telah diiktiraf untuk mendapatkan penjelasan yang tepat daripada menyakini segala macam spekulasi dan andaian diri sendiri dan doktor-doktor jadian. Hehehehe
0 comments:
Post a Comment