Ada satu taman yang sungguh luas
Indah nian taman itu
Penuh kuntuman bunga mewangi
Kulihat aku di situ
Ada satu pokok
Pokok mangga
Lebat buahnya
Aku suka buah mangga
Jadi kupetik buah mangga itu tanpa kutanya siapa empunya
Muncul tuan si pokok
Menegurku kerana mengambil buah mangga dari pokoknya
Aku terkedu
Kupohon ampun
Tuan tersenyum
Dia suka aku menghargai keenakan buah mangga
Diizinkannya aku terus memetik seberapa banyak yang aku suka
Tiba-tiba muncul sang monyet
Monyet iri hati
Monyet tak suka aku makan mangga itu
Lalu monyet membuat onar
(Kejap. Monyet makan mangga ker? Hurmmm................Ahhhhh layankan aja)
Monyet memulakan misi
Dipetiknya buah mangga
Dimakannya sedikit
Lalu dicampakannya ke tanah
Pembaziran terjadi
Aku ambil mangga-manga yang telah rosak dikacau sang monyet
Kutanamkan di sekitar pohon mangga itu
Bercambah tunas
Monyet terus menerus membuat perangai
Satu buah pun tak dapat kujamah
Semua rosak dikerjakan sang monyet
Dan aku terus menanam biji-biji buah yang rosak
Tunas makin bertambah
Hari berganti hari
Minggu berganti minggu
Bulan berganti bulan
Tahun berganti tahun
Tunas mula menjadi pokok kecil
Pokok kecil menjadi pokok besar
Menjadi satu kawasan pohon mangga yang sungguh luas
Dan sehinggalah setiap pokok berbuah lebat
Monyet datang lagi
Monyet keliru
Begitu banyak pohon mangga
Monyet masih tidak berpuas hati
Dicubanya merosakkan satu persatu pokok mangga yang ada
Dan aku terus melakukan perkara yang sama
Dan aku terus melakukan perkara yang sama
Monyet keletihan
Kerjanya makin bertambah
Kuberikannya satu dua pohon mangga
Makanlah seberapa banyak buah mangga yang kamu mahu
Selebihnya jangan diganggu
Izinkan aku menikmati kelazatannya
Kau kenyang dengan mangga
Aku juga
Sama-sama kenyang dan gembira
Tidak bolehkah begitu wahai sang Monyet?
Tanyaku.
Monyet terdiam.
Walau bagaimanapun monyet,
Terima kasih
Kerana kamu, buah mangga yang boleh kunikmati bertambah
Aku terus berlalu sambil melemparkan senyuman buat sang monyet.
Monyet terdiam.
Walau bagaimanapun monyet,
Terima kasih
Kerana kamu, buah mangga yang boleh kunikmati bertambah
Aku terus berlalu sambil melemparkan senyuman buat sang monyet.
0 comments:
Post a Comment