~ Salam Sejahtera Buat Kamu. Semoga Allah SWT Merahmati Dan Memberkati Kamu ~


Thursday, December 1, 2011

Target sebelum Disember menjelma

Semalam, saya sangat stress. Stress kerana ada 3 tugas penting yang perlu saya selesaikan dengan jayanya sebelum bulan Disember datang. Due date untuk 3 tugas tu memang saya sendiri yang buat. Kalau saya berjaya mengikut plan yang saya rangka sebelum ni, InsyaAllah, saya berada di trek yang pantas. Hehehe.

Salah satu tugas tersebut telah saya suarakan pada Sir bahawa saya akan cuba siapkannya sebelum Disember. Tetapi malangnya, saya masih belum mendapat mood yang baik untuk menulis tentang topik yang telah dirangka oleh pensyarah lain. Menyiapkan tugas orang yang separuh jalan adalah perkara yang paling saya benci. Apa yang mungkin ada dalam fikiran pemula cerita mungkin tak sama dengan saya. Walaupun saya hanya perlu mencatatkan isi-isi penting sahaja, ia akan tetap ada cacat cela. Mungkin apa yang saya fikirkan, tidak sama dengan apa yang pensyarah tadi fahamkan. That's why I love to start from scratch. Mula dari zero. Cuba, gagal dan cuba lagi hingga berjaya. Tugas ni, masih belum selesai walaupun saya sudah mula melakukannya sedikit. Harap-harap, saya dapat siapkan tugas ni hari ni.

Tugas kedua berkaitan projek kedua yang saya terima. Project: Biodiesel production in 20L bioreactor. Alhamdulillah, berkat usaha berterusan malam tadi, selesai juga target bulan November. I finished doing the optimization part of esterification. Sekarang, hanya perlu masukkan data dalam excel dan mula buat calculation dan analisis. Saya berpuas hati dengan kerja-kerja lab saya. Saya telah lakukannya dengan baik. Part titration pun, okay. Syukur Alhamdulillah. Waktu tu, pergelangan kaki kanan saya dah makin bengkak. Sejak Jumaat lepas, ia membengkak. Mak dah suruh buat injection Sabtu lepas. Tapi tak sempat. Saya masih degil. Masih banyak bergerak dan berjalan. Mencari barang-barang untuk hantaran dan membuat kerja-kerja lab. Maaf yer kaki kerana telah menyiksa kamu sejak beberapa hari ni. Untuk hari ni dan esok, kamu berehat yer.

Tugas ketiga pula berkaitan dengan projek master saya sendiri. Sepatut nya saya perlu lakukan 5 experiments untuk target sebelum Disember. Tapi, saya hanya mampu melaksanakan 2 experiment sahaja. Itu pun, untuk experiment kedua, saya masih belum sempat membuat titration dan analisis. Actually, I had done 3 experiments but one of them was failed, and other one is the repetition of the failed experiment. Hurm, agak sedih sebab tak dapat nak follow plan projek Master ni. Sepatutnya, Master Projek lah yang patut dapat first priority. Tapi, itulah yang saya sering ketepikan untuk selesaikan tugas-tugas lain.

Sayangnya.... Kalaulah saya betul-betul follow plan Projek Master ni, InsyaAllah, saya boleh habiskan research saya ni lebih awal dan boleh convo tahun depan.

Walau apa pun, saya tetap bersyukur kerana walaupun ada tugas tidak berjaya dilakukan dengan baik, at least satu daripadanya dapat saya laksanakan dengan baik.

Semua ni mengingatkan saya betapa "Manusia hanya boleh merancang. Namun, Tuhan jua penentu segala"

0 comments: