Apa patut aku katakan? Aku pening. Isu agama. Aiyoo..
Baru-baru nih bile bukak Facebook. ramai dok bincang isu penganut agama lain boleh guna nama Allah ker tak?
Siapalar aku kalau nak cakap banyak kan? Tapi aku adalah insan yang melihat, mendengar dan boleh berfikir. Benda nih asik bermain kat kepala otak aku nih jer. Dan hati aku terdetik untuk berkata-kata.
Asernyer, kalau kite selalu sebut nama Allah, mesti mudah kite dapat hidayah kan?
Kalau camtuh, korang aser, orang bukan Islam tuh kalau sebut nama Allah boleh dapat hidayah tak?
Allah kan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Pastuh, Nabi dah bagi wasiat, "Berpeganglah kamu kepada Al-Quran dan Sunnah, maka kamu takkan sesat selama-lamanya". Takder pun sebut "berpeganglah kamu kepada kata-kata ulamak kan, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya?
Memanglar nak belajar ilmu kene ada tok guru. Tapi, diri sendiri pun kene belajar dan fahami juga bahawa yang ilmu tuh dasarnyer Al-Quran. Jangan ikut jer. Ada hati dan akal untuk fikir dengan baik. Allah berikan kita penglihatan, pendengaran dan hati. Inilah proses akal. Al-Quran tuh kan panduan yang utama. Maka, bile dah jadi isu cenggini. Cuba kaji Al-Quran tuh. Dan ikutlar sunnah Nabi. Asernyer ada larangan tak untuk perkara sebegini.
Mungkin ilmu aku tak cukup lagi. So mungkin aku terlepas pandang. Mungkin ader dalam Al-Quran. Allah tuh untuk umat Islam jer. Tapi lar kan, aku aser kalau camni aku macam meragukan sifat Maha Pemurahnyer Allah.
Di zaman jahilliyah, masalah Yahudi dan Nasrani nih asalnyer kan sebab:
Ego taknak ikut Nabi Muhammad. Ego, taknak ikut Al-Quran. Ego.. Ego.. Ego.. Syaitan dikeluarkan dari syurga pun sebab ego taknak sujud pada Nabi Adam..
Kenapa ada ego nih? Sebab aser diri tuh dah cukup bagus.
Kalau nak risau pasal akidah umat Islam sendiri. Maka risaulah tentang bagaimana mereka berpegang pada Al-Quran. Dan diri kite sendiri. Dah tahu nak jadi camnih, apa yang patut kite buat?
Nak gaduh cakap tak bleh. Allah tuh untuk umat Islam jer. Sampai kite nak berpecah belah cakap orang Islam yang sokong isu nih pun kafir dan takder akidah. Aiyooo. Akidah orang beb. Siapalah kite nih nak hukum orang tuh kafir ker tak.
Nabi dah kata. Kalau tak berpegang pada Al-Quran dan Sunnah sesatlar. Kalau tak nak sesat, berpeganglar pada Al-Quran dan sunnah. Camner nak pegang nih?. Ini yang kite kene serius bincangkan.
Cubalar bincangkan:
1. Al-Quran nih nak kene baca camner? Kene betul tajwid jer ker? Kalau dah betul tuh cukup dah?
2. Al-Quran nih nak faham camner. Boleh ker fahamkan sendiri. Kene ader tok guru ker?
3. Dah ada tok guru plak, kene ikut bulat2 ker cakap Tok guru tuh?
4. Pastuh, sunnah tuh pulak camner? Source sunnah tuh dari maner?
5. Dah tuh kalau dah tak fahami Al-Quran tuh nak wat camner? Duduk diam jer? Jahil namanya.
6. Kalau dah faham plak, nak buat camner? Nak simpan sensorang? Aish, mana boleh.
7. Ishh.. Sebenarnya, banyak lagi isu ummah yang boleh nak bincang, tapi taknak bincang.
Aku geram gak sebenarnya. Kenapa geram? Sebab aku tak suke bile umat Islam nih bertelagah sesama sendiri dan hukum menghukum antara satu sama lain. Yang nih Kafirlar. Yang tuh haramlar.
Kenapa susah sangat nak tunjukkan betapa indahnyer Islam tuh. Kenapa sibuk nak tunjukkan betapa sukarnyer Islam tuh. Degil! Dan sekarang nih ego. Islam kan sejahtera.
Aku nih memang lar belum cukup ilmu. Sebab Allah kata ilmu tuh luas. Banyak lagi nak kene belajar. Tapi hati aku nih terdetik, salah ker sebenarnya keputusan tuh? Perlu ker nak fight sampai cenggini? Apa dasar akidah Islam tuh?
Mungkin korang akan cakap. "Weih! Ko diam arr. Dah tahu tak cukup ilmu nak bercakap tentang agama?".
Yerlar siapalar aku kan. Aku buat camnih pun, sebab aku nak pastikan sebaik mungkin sebelum aku menghukum. Risau plak. Kang, kalau sokong kata kafir. Kang kalau tak sokong, nampak extreme. Islam bukan extreme. Sedangkan kawan aku yang Kristian kat Holland pun panggil Tuhan Allah. Kalau aku buat dono jer? Yang nih camner? Atas pagar. Mana yang lebih baik. Decide dalam hati jer. Buat tak tahu biler kengkawan sendiri duk fight itu ini. Pening pale aku. Aser risau pun ader. Aiyoo..
Kenapa aku tulis note nih. Sebab aku nak orang yang baca note aku nih berfikir. Tuh jer. Kalau korang aser korang betul, terpulanglar. Mungkin aku salah. Mungkin jugak korang salah. Mungkin aku betul. Mungkin jugak korang betul. Siapa tahu?














